Saturday, June 15, 2013

Balik kampung singgah Muzium Padi & Menara Alor Star

--- 2013 ---

Balik kampung hari tu, bawak la kanak-kanak ribena ni pegi Muzium Padi & Menara Alor Star.

Mesti ramai yang tak familiar dengan Muzium Padi kan? Orang sblh utara tau la kot. Dekat Alor Star je. Kalau sape nak pegi ke sana, tempat tu lebih kurang 8 km dari Alor Star. Sebelah Gunung Keriang.





Murah je nak masuk situ. RM5 untuk orang dewasa. Umur 5 tahun ke atas kena bayar RM3Baby free je masuk.


Yang best sikit kat area pemandangan ni. Ala-ala tengok wayang sambil berpusing la. Hehehe... Macam restoran berpusing kat Menara KL sikit-sikit. 














Lepas dah masuk Muzium Padi tu, zassssssss plak ke Menara Alor Star. Saje je nak try naik. Takde la tinggi sangat pun. Hehehe... 



Nak naik menara tu kena bayar RM8. Children 5 tahun ke bawah free jer. Budak-budak ni excited nak naik lif transparent sambil tengok kat luar je. Naik je kat atas, berlari-lari pusing menara tu. 





Lepas turun menara AS, ada la plak playground kat sebelah tu. Trus la diorang lari nak gi main. Dengan ayahnya skali join main. :-D



Friday, June 14, 2013

Legoland & Tour Around Johor Bahru

--- 2013 ---

Hujung tahun last year, dok pikir2 nak gi jalan mana. Finally, kitorang decide nak gi JB & stay hotel kat sana @ Mutiara JB. Search kat pakcik Google 'interesting places in Johor Bahru' & survey dengan member2 ofis. Pastu, sampai la kitorang ke Legoland. Sape-sape yang nak gi Legoland, memang kena gi awal2 pagi. Kalo tak, tak sempat main........ Kitorang sampai Legoland dari KL lbh kurang pukul 11 pagi. Kitorang bertolak hari Jumaat sebab tak nak queue panjang kat dalam Legoland tu. Tak sempat main semua mainan pun. Weekdays Legoland tutup kul 6 petang. Kalau weekend atau public holidays, tutup kul 8 malam. So, terkejar-kejar la kitorang main petang tu sampai kena halau dengan abang2 guard. Hahaha.....






Harga tiket RM140 untuk orang dewasa & RM110 untuk kanak-kanak. Tapi, kitorang beli Mamee Monster, dapat la voucher diskaun 35%. So, kitorang bayar RM90 je la untuk dewasa. Utk kanak-kanak just bayar RM 70. Kalau korang takde voucher tu, ada travel agent dok promote tiket yang dapat diskaun sikit. Kitorang beli tiket kat diorang je. Sebab my hubby cakap dia bagi diskaun lebih sikit dari voucher Mamee tu. Nasib baik tak kena tipu.







Lepas pukul 6 petang, kitorang pun bertolak ke Hotel Mutiara JB. Tu pun, mula-mula plan nak gi Hello Kitty Theme Park konon. Tapi, round Legoland pun tak sempat abis. 


Esoknya, kitorang gi Zoo Johor plak. Saje je nak try walaupun google tengok review dari orang macam tak best sangat. Tapi, saje nak tengok mcmmana Zoo Johor. Hehehe... Masuk kena bayar RM3 je. OK la untuk harga 3 hinggit tu. :-D

Malam tu, kitorang lepak-lepak kat Danga Bay plak. Best la jugak untuk first timer mcm kitorang ni. Dating kat situ memang best. Ada sewa kayuh basikal, ada funfair... (gambar akan diupload nanti. tak sempat copy dari kamera... :) )

Adios!!!


Spend Time with Family @ Cameron Highlands

--- 2013 ---

Kitorang bertolak ke Cameron Highlands dari Kajang lebih kurang pukul 4 petang. The, mencabar giler drive naik Cameron hari dah gelap. Huhhhhh... Lebih kurang sejam lebih gak la nak sampai ke atas dari Simpang Pulai. Dah la driver a.k.a En. Hubby demam hari tu. Asyik baca doa je la dalam keta. Huhuhu...


Kul 9 mlm, at last sampai la kitorang ke Hotel Equatorial Cameron Highlands. Sejuk giler.... Kalau gi oversea, ada la jgk heater nak pasang. Mlm tu berselubung dengan selimut la....


On the next day, kami gi Boh Tea Plantation. Panjat bukit sampai atas semata-mata nak beli teh Boh. Mak mertua tolong jaga anak-anak dalam keta. :-D   


Then, esoknya kitorang gi shopping & singgah ke Bee Farm. Beli la madu kat situ. Harga madu & teh takde la murah sangat. Standard price je kot...


Last day kat Cameron, shopping sakan la... Abis banyak gak la duit dalam purse. Hahaha... Siap singgah mesin ATM kat TanahRata.






A Famosa Resort, Melaka... PSMB'S Family Day...

--- 2013 ---